
TYT terima anugerah utama tokoh kepimpinan penerbitan buku negara
AYER KEROH 22 Feb – Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menerima anugerah utama Anugerah Buku Negara dalam Majlis Intelek Seni: Warisan Peradaban Melayu dan Anugerah Buku Negara 2022.
Beliau menerima anugerah Kategori Tokoh Kepimpinan Penerbitan Buku Negara yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah Buku Negara, Dr Hasan Hamzah dalam majlis diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini, hari ini.
Sebagai pendahulu anugerah itu Tun Mohd Ali menerima tengkolok, sijil dan piala iringan.
Seramai 30 individu membabitkan penulis yang telah berjasa menerbitkan buku di Melaka menerima Anugerah Buku Negara 2022 kali ini.
Program diadakan itu bertujuan melestarikan seni budaya dalam situasi pandemik dan menyampaikan mesej berkaitan nilai murni, falsafah budaya nilai tinggi, penghayatan nilai peradaban Melayu dan pembudayaan ilmu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
