‘Kita adalah Keluarga Besar Melaka’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 24 Sept. – Rakyat negeri ini perlu mengukuhkan konsep tolong menolong dalam kehidupan seharian terutamanya dalam mendepani waktu sukar akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, beliau tertarik dengan tajuk Khutbah Jumaat hari ini iaitu “Tolong Menolong Semasa Kesusahan” sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir, Melaka hari ini.

“Konsep tolong-menolong perlu ada dalam kehidupan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam tempoh yang mencabar akibat penularan pandemik COVID-19.

“Ingat, kita adalah Keluarga Besar Melaka,..berlindung dalam Melaka Rumahku,… bernaung pula dalam konsep inklusif “Keluarga Malaysia

“Sesuai dengan pengertian khutbah hari ini, lantas marilah sama-sama kita tolong menolong sesama insan,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

SULAIMAN (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pengerusi dan pegawai syarak masjid, selain menyerahkan Kit Makanan kepada ahli kariah Masjid An Nur, Banda Hilir, hari ini.

Hadir sama di masjid berkenaan adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Sulaiman kemudian selepas solat Jumaat turut menyampaikan sumbangan kepada pengerusi dan pegawai syarak masjid, selain menyerahkan Kit Makanan kepada ahli kariah Masjid An Nur.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

721
Kongsi :
Previous post SOP solat di masjid, surau sentiasa ditambah baik- Ahmad Marzuk
Next post Langgar SOP PKPB: Neelofa, suami pertimbang kemuka representasi
Ubah saiz-+=