Kita tidak sepatutnya berpolitik 24 jam- Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MASJID TANAH 6 Mac – “Bercakap politik 24 jam pun tak bagus,” tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ketika mengulas situasi politik di negara ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan, politik merupakan antara elemen yang perlu dalam mentadbir sesebuah negara, namun biarlah mengikut keputusan kepimpinan tertinggi.

SULAIMAN berbual dengan penerima rumah, Zainudin Yusof (empat dari kiri) pada majlis penyerahan kunci Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Durian Daun Barat, Masjid Tanah.

“Kita di peringkat Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua EXCO dan pegawai di setiap jabatan lebih fokus membantu golongan yang memerlukan bantuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya fokus kepada kerja-kerja yang telah diamanatkan kepada saya. Saya serah kepada kepimpinan yang atas…bukan apa, saya tak nak bercakap politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kampung Durian Daun, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun bantuan kepada rakyat di negeri ini menjadi keutamaan pada masa ini.

“Kita tak sepatutnya berpolitik 24 jam sehari. Pada saya (amalan berpolitik sepanjang masa) ini tidak bagus. Politik itu perlu tapi saya serah kepada orang atas (pimpinan),” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disahkan tidak akan menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU-15) hasil keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

328
Kongsi :
Previous post Moga ada sinar baharu sektor pelancongan di Melaka
Next post (Kemas kini) PM Muhyiddin berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi
Ubah saiz-+=