
KKBM Merdeka Ride jelajah kawasan tarikan Melaka
BUKIT BERUANG 12 Sept. – Seramai 30 peserta Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menyertai kayuhan berbasikal sejauh 30 kilometer di kawasan tarikan Melaka, baru-baru ini.
Program KKBBM Merdeka Ride 2020 ini sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2020 KKBBM melalui unit Pembangunan Pelajar KKBBM.
Pengarah KKBBM Jamalluddin Mohd Ali berkata, kayuhan itu bagi menzahirkan semangat patrotisme dalam kalangan pelajar di samping membudayakan aktiviti sukan.
“Ini salah satu kaedah promosi untuk mendekatkan lagi KKBBM dengan komuniti khususnya di Negeri Melaka.
“Aktiviti ini mampu meningkatkan pengetahuan pelajar KKBBM tentang sejarah negara yang ada di Melaka kerana sebahagian pelajar ini berasal dari luar Melaka,” katanya.
Program itu yang bermula seawal jam tujuh pagi melibatkan lokasi kayuhan sekitar Bandaraya Melaka, Kota A’Famosa, Muzium Kapal Selam, Makam Hang Tuah dan Pantai Puteri.
Katanya, KKBBM sepanjang kayuhan peserta diiringi pasukan Panther Cycling Club Melaka (PCCM) yang berkongsi ilmu mengenai teknik kayuhan yang betul selain memberi nasihat tentang keselamatan kayuhan di jalan raya.
“Lebih menarik, dua ahli PCCM yang menyertai kayuhan ini merupakan alumni KKBBM,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Akademik Mohd Jalil Ahmad.
Views:
Related


Berita Lain
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...
