
KKM benarkan suami temani isteri di bilik bersalin
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Suami yang lengkap menerima dos vaksin COVID-19 akan dibenar menemani isteri yang bakal melahirkan anak dalam bilik bersalin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, selain itu suami juga perlu negatif ujian COVID-19 sebelum dibenarkan menemani isteri mereka.
“Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian COVID-19 dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin,” katanya dalam entri terbaru di laman Twitter rasminya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab permintaan seorang pengguna media sosial itu yang memohon agar golongan bapa yang lengkap divaksinasi dan keputusan ujian COVID-19 negatif, dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.
Entri Khairy itu kemudian dibalas oleh Dr Noor Hisham yang menyatakan: “Ya, akan laksanakan apa yang diperlukan.”
Sebelum ini hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri dalam bilik bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas akibat penularan wabak COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
