Kluster baharu restoran di Jalan Melaka Raya 8

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 25 Apr. – Satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melaka Raya direkodkan di negeri ini hari ini membabitkan restoran di Jalan Melaka Raya 8.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam kenyataan melalui Facebook rasminya hari ini berkata, daripada kluster terbabit, 10 individu telah disahkan positif COVID-19 dan berkemungkinan  jangkitan terbabit merebak daripada komuniti iaitu pelanggan yang datang ke kedai makan.

Katanya, kes indeks dikesan positif itu bergejala dan kini seramai 26 kontak rapat telah dikesan bagi menjalani ujian saringan berikutnya.

Sementara itu laporan portal http://covid-19.moh.gov.my menyebut kluster berkenaan melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, Melaka Tengah.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 381719, lelaki, warganegara Vietnam berumur 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Aprll 2021 hasll saringan individu bergejala,” katanya.

Tambahnya, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah sedang menjalankan siasatan jangkitan daripada pelanggan yang datang ke premis ini dan seterusnya telah merebak dalam kalangan kontak pekerja dan keluarga mereka.

Dalam perkembangan lain, terdapat 11 penambahan kes direkodkan dalam Kluster Pengkalan Batik hari ini sekali gus mencatatkan 42 kes baharu keseluruhan di Melaka.

Dari jumlah itu sebanyak 40 kes merupakan kes tempatan dan dua kes import namun tiada kematian direkodkan membabitkan wabak itu hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

487
Kongsi :
Previous post PM ucap takziah kepada Presiden dan rakyat Indonesia
Next post Merusuh tak dapat sambut Aidilfitri
Ubah saiz-+=