Kluster kilang sumbang kes positif harian tertinggi

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 3 Jun – Kluster tempat kerja (kilang) menyumbang angka paling tinggi kes positif COVID-19 dengan jumlah 95 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu di Melaka direkodkan hari ini sebanyak 322 kes.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), antara kluster yang menyumbang kepada pertambahan kes itu adalah Kluster Industri Kelemak dengan 45 kes baharu dan Kluster Industri Batu Berendam (28) serta Kluster Jalan Usahaja Tujuh (13).

Katanya, kluster kilang yang turut menyumbang kepada peningkatan kes hari ini adalah Kluster Industri Pengkalan Balak sebanyak tujuh dan kluster Industri Batu 16 Bemban sebanyak dua kes.

“Bagi Industri Batu Berendam, pertambahan sebanyak 45 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 327 kes setakat ini manakala bagi Kluster Industri Kelemak, pertambahan 45 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 106.

“Turut merekodkan peningkatan kes kumulatif adalah Kluster Industri Pengkalan Balak yang meningkat kepada 349 kes selepas pertambahan tujuh kes hari ini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebanyak dua kes kematian direkodkan hari ini membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun di Merlimau, Melaka yang dikesan positif pada 10 Mei lalu dan mempunyai penyakit mata.

“Manakala bagi satu lagi kes membabitkan kematian wanita warga emas berusia 63 tahun dari Alai, Melaka Tengah yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu juga, daripada 322 kes baharu dikesan setakat hari ini, sebanyak 71 pesakit termasuk 12 yang menggunakan alat bantuan pernafasan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Jelasnya, pertambahan kes baharu hari ini menjadikan kes keseluruhan yang masih dirawat seramai 2,192 manakala 312 kes direkodkan sembuh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

669
Kongsi :
Previous post Catat hampir 300 kes COVID-19, kilang di Batu Berendam diarah tutup
Next post Operasi besar-besaran pastikan PATI divaksin – Hamzah
Ubah saiz-+=