Kluster Pusat Dialisis Masjid Tanah tamat

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 11 Mac. – Kluster Pusat Dialisis Masjid Tanah antara 14 kluster penularan pandemik COVID-19 yang disahkan tamat pada hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia sekali gus menjadikan 782 kluster tamat di Malaysia setakat ini.

Katanya, kluster Pusat Dialisis Masjid Tanah merekodkan 24 warganegara disahkan positif dengan satu kematian membabitkan penularan dari Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin dan Rembau, Negeri Sembilan.

Menurutnya, 13 kluster lain adalah Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti, Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Tapak Bina Jalan Chulan, Kluster Sri Muda, Kluster Taman Murni dan Kluster Taman Ikan Jinak.

“Jumlah kluster aktif di seluruh negara pula adalah 440,” katanya.

Dalam pada itu KKM memaklumkan hanya satu kluster sedia ada masih aktif di Melaka dengan 67 kes baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Machap Umboo.

Keseluruhannya 71 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini dengan empat daripadanya jangkitan tempatan dan bakinya jangkitan di DTI Machap Umboo.

Tiada kematian direkodkan dan seramai 140 pesakit aktif sedang dirawat di Hospital Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

357
Kongsi :
Previous post Jangan buat spekulasi isu kalimah ‘Allah’- Hamzah
Next post Tidak mustahil boleh tonton bola sepak di stadium lebih awal
Ubah saiz-+=