
KOLAM AIR PANAS JASIN TIDAK TUTUP, HANYA TUKAR OPERATOR
AYER KEROH 24 Januari – Operasi Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas Bemban, Jasin akan disambung semula selepas proses melantik operator baharu selesai.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat lokasi tumpuan pelancongan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu berada dalam keadaan baik serta memuaskan.
“Pengusaha produk pelancongan di bawah seliaan PBT perlu menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi menjaga imej Negeri Melaka.
“Kita mementingkan aspek kebersihan, faktor keselamatan dan penyelenggaraan secara berkala, perkara ini menjadi keutamaan Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Bil 1/2025 di Kompleks Melaka Mall, di sini, hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron; Ketua Ahli Majlis MPHTJ, Clr. Wan Mohammed Fairus Wan Abdullah dan warga MPHTJ.
Mengulas lanjut, Rais berkata semua pengusaha produk pelancongan tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dipatuhi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
