Komuniti Kampung Chetti sahut cabaran 1 Rumah 1 Bendera

Masa Membaca:52 Saat

KOTA LAKSAMANA 29 Julai – Komuniti Kampung Chetti antara komuniti terawal menyahut cabaran ‘1 Rumah 1 Bendera’ seperti dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.

Program ini direalisasikan bersama petugas Jabatan Penerangan Malaysia Melaka Daerah Melaka Tengah yang menjalankan aktiviti hebahannya menerusi ‘Info On Wheels’.

Seorang penduduk, P. Sundaram Palani berkata, walaupun komuniti di situ dalam skala kecil, namun sambutan kemerdekaan diteruskan selagi ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Aktiviti hari ini menyedarkan kita supaya tidak melupakan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah Mohd Noor Samion berkata, ‘Info On Wheels’ sempena Bulan Kebangsaan ini bermula 16 Julai lalu dan berakhir pada 16 September depan.

“Setakat ini sebanyak empat program dilaksanakan dalam seminggu melalui aktiviti tambahan menyemarakkan Bulan Kebangsaan selain edaran dan pemasangan Jalur Gemilang.

“Kami sampaikan maklumat kepada rakyat melalui hebahan unit bergerak dan memberi penerangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dan Merdeka 2020.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Nurhasnani Abdul Wahab.

Views:

398
Kongsi :
Previous post Cadang pindah Politeknik Melaka ke KUIM
Next post Perniagaan merosot lebih 50 peratus
Ubah saiz-+=