Sorting by

×

KONDA KONDI ‘HIDUP’ SEMULA DI BUMI BERTUAH

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

LENDU 10 September – Penerimaan orang ramai khususnya penduduk Melaka tanpa mengira lapisan usia terhadap sukan tradisional konda kondi semakin meningkat.

Minat orang ramai terhadap sukan itu terbukti apabila setiap kali pertandingan dianjurkan jumlah penyertaan melebihi jangkaan pihak penganjur.

Orang lama, Melan Abdul Manap, 62, berkata, bagi menghangatkan lagi sambutan terhadap sukan tradisional itu setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) disarankan supaya menubuhkan pasukan dan memiliki peralatan konda konda mereka sendiri.

“Lebih banyak pasukan bertanding lagi bagus, baru ada ‘umph’. Peraturan dan peralatan baharu yang diperkenalkan juga amat bagus, lebih sistematik, amat kena dengan hasrat untuk mempromosikan konda kondi ke peringkat lebih tinggi.

“Alhamdulillah orang muda juga semakin meminati konda kondi, pada pertandingan kali ini kami tewas kepada pasukan yang diwakili oleh majoriti orang muda. Kalah atau menang itu sudah adat pertandingan.

“Apa yang penting saya berasa amat gembira melihat konda kondi ‘hidup’ semula di bumi bertuah ini. Melihat orang muda turut serta dalam permainan ini secara tidak langsung mengimbau kenangan saya ketika zaman kanak-kanak, ini adalah keadaan yang saya tidak pernah jangka akan berulang,” katanya.

Melan berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan Sukan Piala Ketua Bahagian Masjid Tanah di Kompleks Rakan Muda Lendu, di sini, 7 September lalu.

Katanya, inisiatif memartabatkan sukan tradisional hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu dianggap sebagai amat bermanfaat terutamanya dalam mempromosikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

786
Kongsi :
Previous post USAHAWAN MAIM TERIMA ‘FOOD TRUCK’ BERAZAM KELUAR DARIPADA STATUS ASNAF
Next post PENTARAMA X: HIBURAN BERMAKLUMAT DIDIK PELAJAR HAYATI NILAI PATRIOTISME