
KONTRAKTOR DIDAKWA BUNUH BEKAS PELUMBA NEGARA
Ibrahim Johan, 51, dituduh membunuh Elly Idzlianizar, 40, di simpang tiga Taman Behor Gonchar Jaya di sini antara 10.30 malam 10 Sept hingga 12.01 tengah malam 11 Sept 2024.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun, dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Ibrahim hanya mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah tidak membenarkan lelaki itu diikat jamin dan menetapkan 30 Dis untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po’ad, manakala Ibrahim diwakili Peguam Tan Yen Sing.
Elly Idzlianizar terkenal dalam kalangan peminat sukan permotoran tempatan kerana mula mencipta nama di Grand Prix Malaysia pada 2009 dan menjuarai pelbagai perlumbaan bersama pengeluar Yamaha, Honda dan Suzuki. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN JANA SEMULA PENDAPATAN
TANJUNG BIDARA 18 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyediakan kemudahan mesin jahit bagi membantu mangsa kebakaran Samsiah...
MBMB HARGAI JASA, RAI PEKERJA PEMBERSIHAN
BANDA HILIR 18 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meraikan lebih 100 pekerja pembersihan bersempena sambutan...
SANTUNI MANGSA KEBAKARAN BUKTI TOK RAUF PRIHATIN KESUSAHAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa untuk menziarahi Mohd Fairus Hamzah,...
MBMB TURUN PADANG SANTUNI PENDUDUK, SALUR BANTUAN IKUT KEPERLUAN
TELOK MAS 18 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meneruskan pendekatan turun padang dengan menyantuni pemilik tujuh buah rumah...
RUMAH USANG JADI SAKSI KETABAHAN IBU TUNGGAL
TELOK MAS 18 Jun – Kehidupan seorang ibu tunggal, Rafedah Othman, 57, penuh liku apabila terpaksa meneruskan kehidupan di rumah...
JENAMA KOPI KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA ‘LAHIR’ DI KESIDANG
KESIDANG 18 Jun – Siapa yang tidak mengenali jenama kopi terkenal Aik Cheong yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak puluhan...

