
KPDNHEP P.Pinang rampas set karaoke bernilai RM140,000
BUKIT MERTAJAM, 23 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai peralatan set karaoke yang mengandungi salinan langgaran bagi kegunaan perniagaan bernilai RM140,000 dalam serbuan di Juru di sini, semalam.
Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata serbuan ke atas dua premis hiburan di Jalan Perusahaan Juru Autocity dan Jalan Icon City di sini pada pukul 4 petang itu, dilakukan bersama wakil dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) susulan aduan wakil pemilik hak cipta.
“Pemeriksaan ke atas sebuah pusat karaoke keluarga dan sebuah restoran yang turut menawarkan sesi karaoke itu, mendapati mereka memiliki set karaoke yang mengandungi salinan langgaran bagi kegunaan perniagaan.
“Sehubungan itu, kami merampas dua unit set karaoke, amplifier (dua unit), televisyen (dua unit), speaker (empat unit) dan enam unit mikrofon yang kesemuanya bernilai RM140,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merekodkan keterangan dua lelaki berusia 30-an yang merupakan pekerja di dua premis tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:


Berita Lain
CSR SAMBIL KENALI HIDUPAN LIAR, ZOO MELAKA SEDIA PLATFORM
AYER KEROH 25 November - Zoo Melaka membuka peluang lebih luas kepada badan korporat, syarikat swasta dan individu untuk menganjurkan...
SUNGAI DAN PESISIR PANTAI MELAKA BAKAL LEBIH MENARIK, PPSPM LONJAK MUTU PERKHIDMATAN
AYER KEROH 25 November - Produk pelancongan sungai dan pesisir pantai Melaka bakal diperkasa menerusi pelbagai penambahbaikan kemudahan serta peningkatan...
MELAKA TAMPIL PENGAYUH BECA DENGAN IMEJ PROFESIONAL, JADI DUTA PELANCONGAN NEGERI
DUYONG 25 November - Seramai 311 pengayuh beca di Melaka menerima Lesen Pengayuh Beca Negeri Melaka bagi 2027 selepas melepasi...
MELAKA PERKUKUH PELANCONGAN KESIHATAN, TEROKA HAB PERUBATAN TRADISIONAL
SERI NEGERI 25 November - Melaka berhasrat memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan kesihatan pilihan di rantau ini, selain meneroka potensi...
MUSTAFA TUMPU BANTU RAKYAT, PERCEPAT BANTUAN PESAKIT TERLANTAR
DURIAN TUNGGAL 25 November - Usaha mempercepatkan bantuan kepada pesakit terlantar dan golongan memerlukan antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri...
DUA MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU TINGKAT AKSES INTERNET JASIN
MERLIMAU 25 November – Pembinaan dua menara telekomunikasi dikenal pasti sebagai penyelesaian jangka panjang bagi meningkatkan kualiti liputan komunikasi dan...
