KPM umum inisiatif Cuti-cuti Cikgu

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 16 Mei – ‘Cuti-cuti Cikgu’ menjadi antara 10 inisiatif terbaharu yang diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada warga pendidik di negara ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, inisiatif dengan kerjasama rakan strategik itu menyediakan peluang kepada guru merehatkan minda menerusi percutian mampu milik.

“Program ini ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (Tourism Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Airasia, Traveloka, dan Bank Rakyat.

“Selain menghargai sumbangan guru menerusi peluang pakej percutian menarik, inisiatif ini turut dapat mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengumumkan 10 inisiatif pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Menurut Fadhlina, 10 inisiatif baharu yang diumumkan itu merupakan sebahagian hasrat KPM dalam mewujudkan suasana murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1640
Kongsi :
Previous post Kutipan sumbangan Hari Guru dimansuhkan
Next post Tubuh pasukan khas semarak minat pelajar dalam sains, teknologi – PM
Ubah saiz-+=