KUIM dijangka beralih UNIMEL hujung bulan ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA SUNGAI BARU 7 Dis – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dijangka akan beralih kepada Universiti Melaka (UNIMEL) pada penghujung bulan ini.

Naib Canselornya, Prof Dr Abdul Razak Ibrahim berkata, setakat ini proses dokumentasi untuk menaik taraf kolej itu kepada universiti penuh hampir disiapkan dan mencapai 90 peratus sebelum menerima kelulusan sepenuhnya dengan syarat yang ditetapkan bagi penubuhan universiti.

“Kertas kerja telah pun siap dan kami sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi memastikan hasrat ini tercapai.

“Kita tunggu temu janji dari KPT dan kertas kerja hanya tinggal 10 peratus sahaja lagi sebelum perbincangan terakhir akan diadakan bagi mengiktiraf UNIMEL.

“Semua keperluan sudah disiapkan dan jangkaan Insya-Allah dalam bulan ini atau bulan depan ia akan diiktiraf kerana kita hanya menunggu temu janji itu saja, watikah sebagai UNIMEL sudah pun keluar cuma ada perbincangan lanjut sebelum kita melakukan pelancaran selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Menandatangani LOI (Surat Niat) dan Permohonan Serahan Keahlian Korporat bersama Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah (CILT) Malaysia.

Hadir sama, Presiden CILT Malaysia Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah; Presiden CILT Antarabangsa Datuk Ts Abdul Radzak Abdul Malek; Dekan Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi, Sarimah Ahmad serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

867
Kongsi :
Previous post Tourism Malaysia menang ‘World’s Leading Country Tourism Board Category’
Next post KUIM komited lahirkan kebolehpasaran graduan logistik, pengangkutan
Ubah saiz-+=