Tourism Malaysia menang ‘World’s Leading Country Tourism Board Category’

Masa Membaca:55 Saat

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Tourism Malaysia melalui pejabat luar negaranya di Istanbul, Turki memenangi ‘World’s Leading Country Tourism Board Category’ pada Uzakrota Global Travel Awards 2021 yang berlangsung di Muzium Madame Tussauds baru-baru ini.

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah itu merupakan satu penghormatan kepadanya atas peranan aktif dalam promosi melalui media sosial dan libat urus dengan pemain industri dan rakan kongsi pelancongan berikutan penyertaan Tourism Malaysia Istanbul dalam Malaysia Meet 2021 dan Uzakrota Online Global Summit 2021.

Menurut kenyataan itu, Tourism Malaysia mendahului dengan 851 undian, di hadapan Lembaga Pelancongan Saudi dengan 684 undian dan 517 undian untuk Lembaga Pelancongan Republik Dominic.

Pada acara itu, sebanyak 53 anugerah disampaikan di bawah pelbagai kategori, meraih lebih 194,743 undian secara global, sebagai satu bentuk penghargaan kepada pemain industri pelancongan antaranya agensi pelancongan, syarikat penerbangan, hotel dan pelabur hospitaliti.

“Tourism Malaysia menyasarkan untuk memulihkan keyakinan dalam kalangan pemain industri untuk terus mempromosi dan menjual tarikan dan produk pelancongan Malaysia ke pasaran antarabangsa khususnya Turki, Balkan dan sekitar Eropah,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

636
Kongsi :
Previous post Dira terkilan isu COVID-19 sekolah tahfiz Chenderah dipolitikkan
Next post KUIM dijangka beralih UNIMEL hujung bulan ini
Ubah saiz-+=