KUIM komited lahirkan kebolehpasaran graduan logistik, pengangkutan

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

KUALA LINGGI 7 Dis – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) komited melahirkan kebolehpasaran graduan dalam bidang logistik dan pengangkutan.

Naib Canselornya, Prof Dr Abdul Razak Ibrahim berkata, KUIM akan melahirkan graduan yang pakar dalam bidang terbabit dengan memperkasakan pendekatan terus dari ‘universiti ke industri’ sekali gus membuka peluang pekerjaan buat mereka.

Jelasnya, menerusi kerjasama Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah (CILT) ia mampu membuka peluang baharu dalam bidang berkenaan menerusi jurusan di Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi KUIM.

“Kita akan perkembangkan di KUIM dengan ilmu dan pengajian profesional dengan penambahan kursus-kursus bagi memastikan kita boleh bawa graduan kita mencebur dalam bidang industri.

“Kita akan pastikan dalam dua tiga tahun akan datang kaedah universiti ke industri ini akan tercapai dengan kebolehpasaran pelajar kita ke peringkat itu.

“KUIM amat menggalakkan kerjasama diantara pihak industri, agensi atau mana-mana badan profesional yang boleh membantu memberi nilai tambah kepada pelajar dan pensyarah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Menandatangani LOI (Surat Niat) dan Permohonan Serahan Keahlian Korporat bersama CILT Malaysia.

Hadir sama,Presiden CILT Malaysia, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah, Presiden CILT Antarabangsa, Datuk Ts Abdul Radzak Abdul Malek, Dekan Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi, Sarimah Ahmad serta tetamu lain.

Dalam majlis itu, kedua-dua pihak bersetuju menjalinkan kerjasama untuk menzahirkan aspirasi KUIM melahirkan kebolehpasaran dalam bidang logistik dan pengangkutan negara.

Sementara itu, Muhammad Muhiyuddin berkata, kerjasama yang dijalin itu mampu melahirkan graduan yang mempunyai sijil yang dikeluarkan CILT sebagai golongan profesional dalam bidang industri di negara ini.

Katanya, setakat ini lebih 50 keahlian korporat telah ditandatangani membabitkan pelbagai kerjasama dari universiti tempatan, swasta dan juga badan agensi penguatkuasa kerajaan.

“Kita akan pastikan pendidikan ini juga akan dibawa ke peringkat antarabangsa bagi melahirkan graduan yang mahir dalam bidang logistik.

“Perkara ini perlu diperkembangkan berikutan bidang logistik terutama dalam sektor logistik halal belum lagi dikembangkan di Malaysia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

924
Kongsi :
Previous post KUIM dijangka beralih UNIMEL hujung bulan ini
Next post AFF lulus permohonan tukar penjaga gol skuad Harimau Malaya
Ubah saiz-+=