KUIM jalin kerjasama dengan D-Tandoor Food Industries, tawar diploma kulinari.

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

ALOR GAJAH 3 Mac. – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menjalin kerjasama pintar dan strategik dengan D-Tandoor Food Industries Sdn Bhd bagi menawarkan program Diploma Kulinari dalam bidang keusahawanan pastri dan bakeri bermula hujung tahun ini.

Pengarah Pemasaran dan Pengurusan Korporat KUIM Prof Datuk Mohamad Nasir Saludin berkata, kerjasama berkenaan bertujuan membantu perkembangan industri makanan di Melaka khususnya industri pastri dan bakeri.

“Pemilihan D-Tandoors Food Industries Sdn Bhd sebagai rakan strategik dilakukan atas dasar syarikat berkenaan berpengalaman luas dalam sektor industri pemakanan di negara ini dan antarabangsa.

“Menerusi kerjasama itu, KUIM dan D-Tandoors Food Industries Sdn Bhd akan melakukan pengubahsuaian dapur praktikal, sumbang saran berkaitan penawaran program serta berkongsi kepakaran keusahawanan dalam industri pemakanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, D-Tandoors Food Industries Sdn Bhd juga akan menyediakan penempatan bagi latihan praktikal untuk pelajar Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan (FPHP), KUIM di cawangan restoran syarikat berkenaan.

Sementara itu katanya FPHP telah melantik Pengarah Urusan Syarikat D-Tandoor Food Industries Sdn Bhd Datuk Abdul Malik Abdullah sebagai Profesor Adjung fakulti itu selama dua tahun bermula 1 Februari lalu.

Pelantikan Profesor Adjung bertujuan untuk menasihati dan memberi panduan dalam usaha menjaga mutu serta kualiti program yang ditawarkan FPHP selain berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam industri makanan.

Jelasnya, Abdul Malik juga akan berperanan sebagai pemudah cara dan membantu meningkatkan jaringan kerjasama antara KUIM dengan pihak industri, memberi nasihat strategik kepada KUIM terutamanya dalam mengenal pasti potensi penawaran ijazah tinggi dan dalam bidang penyelidikan.

“Ia penting bagi memastikan program atau bidang yang ditawarkan adalah selari dengan kehendak semasa pasaran industri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1705
Kongsi :
Previous post Tabung Haji sasar agihan keuntungan lebih stabil di masa depan
Next post 1.5 juta meter pintar akan dipasang di Lembah Klang dan Melaka
Ubah saiz-+=