Kunjungan Kasih santuni golongan memerlukan

Masa Membaca:56 Saat

TELOK MAS 18 Julai – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali telah menganjurkan program Kunjungan Kasih di Kampung Alai awal pagi tadi.

Sulaiman menerusi catatan di Facebook rasminya, berkesempatan menyantuni Mohamed bin Nordin, 74, dan keluarga Jamilah Md Nor, 79.

Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali menyantuni keluarga Jamilah Md Nor. PHOTO/MHI

“Encik Mohamed sudah tidak kuat bergerak kerana menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan semput. Saya dimaklumkan yang warga emas ini ada mendapat bantuan makanan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM200, tetapi bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sebanyak RM350 dihentikan mulai Februari lalu. Saya mohon supaya bantuan bulanan JKM ini disalurkan semula selepas mengambil kira keadaan kesihatannya.

“Dalam meniti usia emas, Puan Jamilah yang juga ibu tunggal lima orang anak turut menjaga adik serta anaknya yang dikategorikan sebagai OKU. Saya dimaklumkan yang adiknya, Hawa Md Nor ada menerima bantuan bulanan JKM, manakala saya akan memastikan anaknya, Azlina Abdul Aziz, turut mendapat bantuan bulanan JKM,” jelasnya.

Sebelum itu, Sulaiman turut sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Falihin, Kampung Alai.

Views:

256
Kongsi :
Previous post Nukilan Adlina harumkan nama sekolah
Next post Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan
Ubah saiz-+=