Nukilan Adlina harumkan nama sekolah

MASJID TANAH 18 Julai – Hasil bimbingan penuh keluarga dan guru merupakan titik semangat Nur Adlina Syafiqah Abdullah, 15 bagi menjulang nama di dalam negara.

Nur Adlina yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, Masji Tanah tidak menyangka namanya terpilih sebagai pemenang Pertandingan Menulis Esei COVID-19 peringkat kebangsaan.

Menurutnya, minat menulis dalam pelbagai penulisan dan puisi telah mendorongnya memasuki pertandingan tersebut demi mengisi masa yang terluang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sejak Mac lalu.

“Saya mengetahui pertandingan ini apabila diuar-uarkan guru Bahasa Melayu, Junainah Jumaat semasa PKP dan pertandingan ini menyarankan penyertaan disertai menggunakan platform pendaftaran atas talian.

“Ia begitu memudahkan dan saya mengambil masa tiga hari mencari idea dan mendapatkan maklumat melalui pelbagai platform termasuk di surat khabar dan ucapan Perdana Menteri.

“Hasil cetusan idea, saya mampu menyiapkan esei tersebut kira-kira setengah jam dan tidak menyangka mampu mencetus kejayaan sehinggakan mengharum nama sekolah sendiri,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI), di sekolahnya, di sini semalam.

Pada masa sama, Pengetua SMK Sultan Alauddin Normah Adam berkata, kejayaan itu adalah antara pencapaian terbesar sekolah itu dalam menempa nama di dalam negara.

Katanya, beliau tidak menyangka penyertaan yang diwar-warkan di seluruh sekolah itu menerima sambutan pelajarnya malah telah mencipta kejayaan tersebut.

“Ini merupakan kejayaan terbesar dalam tahun ini biarpun kita tahu selepas PKP operasi sekolah terganggu dan ini seharusnya menjadi inspirasi pelajar di sekolah ini.

“Tahniah buat Adlina dalam mengharum nama sekolah, saya percaya kejayaan ini hanya kecil pengorbanannya dari pihak sekolah namun sokongan keluarga itu adalah kunci terbesar bagi kejayaan seseorang,” katanya.

Views:

3

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Melaka bakal miliki universiti sendiri
Next post Kunjungan Kasih santuni golongan memerlukan