Sorting by

×

KUTIPAN HASIL MELAKA DI LANDASAN POSITIF SUKU PERTAMA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 27 April – Kutipan hasil negeri setakat suku pertama tahun ini terus menunjukkan prestasi positif dan berada di landasan kukuh.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat 31 Mac, kutipan hasil negeri yang direkodkan adalah berjumlah RM114.9 juta, iaitu pencapaian 21.72 peratus daripada anggaran hasil berjumlah RM528.99 juta tahun ini.

Selain itu, beliau berkata, perbelanjaan mengurus negeri pula adalah berjumlah RM92.61 juta atau bersamaan 17.51 peratus daripada peruntukan bajet berjumlah RM528.88 juta yang telah dibentangkan.

Manakala bagi perbelanjaan pembangunan, ujar beliau, setakat suku pertama 2026 adalah berjumlah RM12.49 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan RM93 juta atau 13.91 peratus.

“Selaras dengan bajet yang dibentangkan, pencapaian awal ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri bukan sahaja merancang dengan teliti, tetapi bertindak dengan pantas dan berkesan dalam memastikan setiap inisiatif dirancang memberi manfaat langsung kepada rakyat Melaka, selain mencerminkan keupayaan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sumber hasil secara berhemah dan strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai status pelaksanaan inisiatif bajet 2026, Ketua Menteri berkata, setakat suku pertama, sebanyak 10 daripada keseluruhan 204 inisiatif atau bersamaan 4.9 peratus telah selesai dilaksanakan.

Jelas beliau, sebanyak 187 inisiatif lagi atau bersamaan 91.7 peratus masih dalam tempoh pelaksanaan, manakala baki tujuh inisiatif atau 3.4 peratus lagi belum dilaksanakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

290
Kongsi :
Previous post WRUR AYER KEROH: RAKYAT TERUJA, YAKIN DAPAT PELBAGAI MANFAAT
Next post MELAKA HAMPIRI STATUS ASPIRING GEOPARK, KOMITMEN PACU PELANCONGAN WARISAN GEOLOGI