Ladang arnab pertama Melaka janjikan keseronokan

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER MOLEK 7 Januari – Suasana sekeliling yang tenang dengan pelbagai ragam arnab pastinya akan memberi pengalaman menarik buat pengunjung terutamanya kanak-kanak ketika berada di Iman Rabbit Farm di Kampung Tambak Paya, di sini.

Hanya perlu membayar RM5 bagi kanak-kanak dan RM8 bagi dewasa, membolehkan mereka bermain bersama arnab di dalam kawasan ladang yang luas.

Malah pengunjung juga berpeluang memberi makan kepada arnab-arnab ini dan mengenali pelbagai baka arnab yang ada.

Pemiliknya Izzat Roslan, 31, berkata, pada ketika ini terdapat kira-kira 100 arnab pelbagai baka antaranya English Anggora, Mini Rex dan Holland Lop ditempatkan di ladang berkenaan.

Katanya, mengambil idea dari ladang arnab di Ranau, Sabah, dan ingin memberi peluang kepada orang ramai merasai suasana bermanja dengan kanak-kanak, membawa kepada pembukaan ladangnya itu.

IMG_20230107_145318_646
AYER MOLEK 7 Januari – Pemilik dan Pengasas Iman Rabbit Farm, Izzat Roslan, 31 bersama arnab yang terdapat di Iman Rabbit Farm, Ayer Molek, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Sebelum ini, rakan-rakan yang datang ke Melaka kerap bertanya dimana lokasi yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan dan tidak sesak.

“Selain itu ia turut memudahkan orang ramai, kerana mereka tidak perlu lagi pergi jauh. Bila datang ke Melaka mereka boleh singgah ke ladang arnab terbesar untuk hiburkan hati anak-anak,” katanya.

Menurutnya, di Iman Rabbit juga, pengunjung bukan hanya boleh bermain dan bergambar dengan arnab tetapi dapat mengenali haiwan comel itu dengan lebih dekat.

“Kita akan tunjukkan juga cara penjagaan arnab dan langkah pembersihan haiwan itu. Bila ke sini pengunjung bukan hanya dapat merasai suasana tetapi sedikit ilmu yang mungkin sebelum ini tidak tahu.

IMG_20230107_145535_405
AYER MOLEK 7 Januari – Pengunjung kanak-kanak bermain bersama arnab yang terdapat di Iman Rabbit Farm, Ayer Molek, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Selepas ini, kita rancang akan sediakan sangkar unit di beberapa sudut untuk tempatkan arnab yang ‘rare’ atau jarang ditemui,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9248
Kongsi :
Previous post Polis tahan penjawat awam disyaki curi barang mangsa tanah runtuh Batang Kali
Next post Polis Melaka juga hebat tangkap ikan
Ubah saiz-+=