
Lagenda badminton negara Foo Kok Keong dianugerah gelaran Datuk
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Legenda badminton negara Datuk Fook Kok Keong hari ini menzahirkan rasa syukur apabila dianugerahkan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang membawa gelaran βDatukβ.
Jaguh badminton era 90-an itu berkata sebagai ahli sukan beliau amatΒ gembira dan berbesar hati atas pengurniaan anugerah tersebutΒ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
βSaya berasa amat gembira kerana selepas sekian lama sebagai ahli sukan, saya dianugerahkan gelaran ini,β katanya kepada wartawan selepas istiadat penganugerahanΒ di Istana Negara hari ini.
Foo, 59, turutΒ menasihatkan para pemain yang bercita-cita tinggi supayaΒ bekerja keras kerana pemainΒ dari negara lain semakin menandingiΒ mereka selain standard sukan tersebut juga kian meningkat.
Beliau kini aktif melatih bakatΒ muda daripada golongan B40 menerusiΒ penglibatanΒ dalam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) KelabΒ RotaryΒ Rahman Putra.
βSetakat ini ada enam pemain, dua sudah dilatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM)Β dan bakat yang saya cari sertaΒ latih dalam lingkungan umur 15 hinggaΒ 16 tahun,” katanya.
Antara pencapaian beliau sepanjang penglibatan dalam badminton termasuk pingat emas Sukan SEA Manila pada 1991, Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1993 dan pingat gangsa Piala Dunia di Guangzhou pada tahun sama.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


