Lahir jurulatih sukan berkualiti

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 29 April – Penganjuran Kursus Sains Sukan (KSS) Tahap 1 mampu melahirkan atlet profesional dan memastikan aspek kejurulatihan sukan mencapai standard piawaian antarabangsa.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, kursus dianjurkan adalah seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi memperkasa bidang sukan dan perlu diberi perhatian bermula daripada aspek kejurulatihan.

Menurutnya, kursus menerusi Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) berlangsung lima hari penting dalam melatih dan membantu meningkatkan pengetahuan jurulatih menerusi kualiti kejurulatihan sukan di negara ini.

“Dengan adanya platform ini kita dapat memastikan bahawa kejurulatihan sukan mencapai standard yang setaraf dengan piawaian antarabangsa.

“Kursus ini memainkan peranan penting dalam melatih dan membantu meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam perancangan program latihan dengan lebih sistematik serta saintifik.

“Kesemua peserta akan diiktiraf sebagai jurulatih berkelayakan melalui SLKK,” katanya pada Majlis Perasmian Kursus Sains Sukan Tahap 1 (SLKK) Institut Sukan Negara (ISN) diadakan di Universiti Multimedia Melaka (MMU), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Melaka, Mohd Asri Ninggal serta tetamu lain.

Program julung kali diadakan dengan kerjasama ISN dan MMU melibatkan seramai 82 peserta seluruh negara yang berkampung di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

274
Kongsi :
Previous post ‘Musim raya pun masih meriah’
Next post MPJ lelong enam lembu tidak dituntut
Ubah saiz-+=