Lampu warna-warni ‘hidupkan’ suasana malam di Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN 6 April – Kemeriahan sambutan Aidilfitri berbaki kurang seminggu sahaja lagi semakin dirasai apabila pelbagai jenis hiasan termasuk lampu warna-warni bentuk ketupat mula memenuhi laluan utama dan lokasi tumpuan sekitar daerah ini.

Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, setiap kali tibanya perayaan utama seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri, lokasi tumpuan di daerah itu akan ‘dihidupkan’ dengan pelbagai jenis hiasan serta lampu warna-warni.

Katanya, kerja-kerja pemasangan lampu dan hiasan sempena Aidilfitri sekitar kawasan pentadbiran MPJ sudah dimulakan sejak 25 Mac lagi.

“Kerja menghidupkan suasana di sembilan lokasi tumpuan iaitu Bemban, Vista Alamanda, Bulatan Tengkolok, Bulatan Rim dan Bulan Selandar termasuk di Dataran Asahan, Bandar Lama Merlimau, Dataran Riverside Sungai Rambai serta Dataran Umbai sudah siap.

“Sementara itu bagi Pekan Batang Melaka, Pekan Selandar, Pekan Nyalas dan Bandar Jasin, kerja-kerja pemasangan hiasan serta lampu warna-warni sedang giat dijalankan. Semua persiapan menyambut Aidilfitri ini dijangsa siap dipasang sepenuhnya esok,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 04 06 At 3.55.24 Pm (1)
KERJA mengindahkan lagi landskap dilaksanakan MPJ sekitar jasin.

Muhammad Zahiruddin berharap, inisiatif dilaksanakan menerusi Jabatan Kejuruteraan MPJ akan menyemarakkan lagi sambutan lebaran selian menjadikan daerah Jasin bercahaya pada waktu malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post Pemuda teruskan tradisi kongsi rezeki
Next post Peralihan monsun: Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca
Ubah saiz-+=