Lebih 15 juta individu dewasa Malaysia terima dos penggalak

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Sebanyak 15,507,221 individu dewasa atau 65.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,220,067 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,844,722 individu atau 91.4 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,942,850 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,267,491 individu atau 35.7 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 28,360 dos diberikan meliputi 4,848 dos pertama; 1,651 dos kedua dan 21,861 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,515,709.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 63 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor tertinggi iaitu 14 kes, diikuti Selangor 13 kes, Perak (12), dan Kedah (empat).

Selain itu, tiga kes dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur diikuti Melaka, Sabah dan Terengganu dengan dua kes masing-masing, dan satu kes dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Labuan.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

641
Kongsi :
Previous post Nahas pesawat penumpang, pakar sedia bantu: Boeing China
Next post Telegram atasi Whatsapp di Rusia
Ubah saiz-+=