
Lebih 21.6 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Sebanyak 21,668,999 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,471,138 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,197,861 orang menerima dos kedua.
“Mengikut peratusan, 44.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 468,526 dos diberikan semalam dengan 223,479 adalah pemberian dos pertama manakala 245,047 lagi adalah dos kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM5 JUTA PASANG, NAIK TARAF LAMPU JALAN SELURUH MELAKA
TELOK MAS 25 Jun - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan pemasangan dan kerja naik taraf hampir 600 unit...
ISU INFESTASI LALAT FELDA MENGGONG DIBERI PERHATIAN SERIUS
MACHAP JAYA 25 Jun - Isu infestasi lalat didakwa mengganggu kehidupan harian penduduk sekitar Felda Tun Ghaffar Menggong, mendapat perhatian...
PPSPM BAWA POTENSI PELANCONGAN SUNGAI MELAKA KE PENTAS ANTARABANGSA
BANDARAYA MELAKA 25 Jun - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) perluaskan jaringan kerjasama antarabangsa menerusi Program Temu Bisnes...
‘TERIMA KASIH TOK RAUF PROMOSI BATIK RIM’
RIM 25 Jun - Penampilan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mengenakan batik tanah liat pada Majlis Perhimpunan...
MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM INDUSTRI TENAGA GLOBAL – PMX
ALOR GAJAH 24 Jun – Malaysia kini memiliki jaminan bekalan gas antara yang terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan...
ANWAR PUJI PERANAN PENJAWAT AWAM TINGKAT PRESTASI MALAYSIA DALAM RANKING DAYA SAING DUNIA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan komitmen penjawat awam negara yang menjadi...

