Lebih 30 peratus murid divaksinasi setakat semalam

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KOTA SYAHBANDAR 26 Sept. – Lebih 30 peratus daripada 2.5 juta murid sekolah di negara ini telah divaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 4.4 peratus murid sekolah sahaja yang telah lengkap menerima kedua-dua dos, setakat semalam.

“Sehingga 25 September 2021 (Sabtu) daripada 844,857 murid yang berumur 16 hingga 17 tahun, 63.3 peratus telah mendapat dos pertama, manakala bagi yang berumur 12 hingga 15 tahun pula, daripada 1,643,222 murid, 10.9 peratus telah menerima dos pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan sempena Program Vaksinasi Murid di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Melaka di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad.

Mengulas lanjut, ujar Dr Mah berkata, bagi Melaka pula, sebanyak 50.1 peratus daripada 26,683 orang murid berumur 16 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Sementara itu, bagi murid yang berumur 12 hingga 15 tahun pula, daripada 51,284 murid, 11.5 peratus telah menerima dos pertama.

“Jadi mulai esok, PPV (Encore Melaka) ini akan dikhususkan untuk remaja sahaja dan saya juga difahamkan bahawa untuk hari ini, tiga sekolah iaitu murid daripada tiga sekolah kerajaan dan sebuah sekolah swasta hadir menerima vaksin,” katanya.

Mengikut rekod, sebanyak 11 PPV awam yang dikhususkan untuk program vaksinasi remaja di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

694
Kongsi :
Previous post Aura juara ‘Jang’ bikin MUFC hati-hati
Next post 83.1 peratus individu dewasa lengkap vaksinasi setakat semalam
Ubah saiz-+=