
Lebih 5,000 ‘serbu’ Rumah Terbuka DUN Telok Mas
TELOK MAS 22 Mei – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, malam ini.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum dan EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Hadir sama, barisan EXCO kerajaan negeri, ADUN-ADUN dan kenamaan lain.

Majlis tersebut diadakan di JAPERUN Sementara DUN Telok Mas, Ketapang, di sini bermula jam 8 malam hingga 11 malam.
Dalam majlis itu juga ADUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berbaju melayu biru bersama isteri menyambut tetamu yang dianggarkan kira-kira lebih 5,000 pengunjung.
Kesemua pengunjung terdiri daripada warga setempat dan penduduk kampung sekitar hadir ke majlis tersebut.
Majlis itu juga diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air, Datuk Hattan dan Briged Seni Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September β Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...

