Lebih banyak kejohanan sukan berprestij diadakan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 23 Julai –  Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam mahu lebih banyak kejohanan sukan bertaraf dunia dianjurkan di Melaka.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) berkata, menerusi penganjuran acara bertaraf dunia di negeri itu, ia turut membantu negara melahirkan atlet berkelas dunia.

“Saya berharap akan lebih banyak kejohanan besar akan diadakan di Melaka ini, supaya kita dapat tingkatkan keupayaan atlet yang kita.

“Ia juga dapat membantu dalam pungutan pingat terutamanya memenangi emas,” katanya.

Tun Mohd Ali berkata demikian ketika ditemui pemberita pada hari terakhir Kejohanan Karate Asia 2023, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Terdahulu, Tun Mohd Ali berkenan menyempurnakan majlis penutup kejohanan berkenaan.

IMG_9237
Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) mengadakan sidang akhbar pada Majlis Penutup Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum dan Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad.

Tun Mohd Ali yang juga Penaung MAKAF berkata, besar harapannya kepada atlet karate untuk terus mencipta kejayaan dalam kejohanan yang disertai termasuk selepas berjaya melayakkan diri ke Temasya Olimpik 2020 lalu.

“Saya juga berharap Malaysia dapat mencipta kejutan seperti dilakukan atlet Hong Kong yang mengejutkan Jepun dalam kejohanan ini,” katanya.

Views:

1385
Kongsi :
Previous post Empat kedai di Terminal Larkin Sentral terbakar
Next post Kazakhstan juara keseluruhan Karate Asia ke-19
Ubah saiz-+=