Kazakhstan juara keseluruhan Karate Asia ke-19

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 23 Julai – Kejohanan Karate Asia Ke-19 melabuhkan tirai selepas dengan Kazakhstan dinobatkan sebagai juara dengan tiga emas dan masing-masing empat perak serta gangsa.

Perasmian penutup disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF).

Terdahulu, Tun Mohd Ali meluangkan masa menyaksikan pertandingan akhir kategori lelaki senior Kumite antara Kazakhstan dan Iran.

Beliau yang juga Penaung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) turut menyempurnakan acara penyampaian hadiah selepas berakhirnya perlawanan akhir itu.

IMG_9242
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini. Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum;Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum dan Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam dan Presiden Persekutuan MAKAF Datuk Wira Nur Azmi Ahmad.

Pada kejohanan itu, Jepun menduduki tangga kedua selepas berjaya memungut tiga pingat emas, tiga perak dan dua gangsa manakala Iran pula, dengan tiga emas, dua pingat perak serta tujuh gangsa.

Manakala, Malaysia pula kekal di kedudukan ke-13 sama pada Kejohanan Karate Asia Ke-18 di Tashkent, Uzbekistan pada 2022.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat itu disertai 32 buah negara dan mempertandingkan 17 kategori.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

880
Kongsi :
Previous post Lebih banyak kejohanan sukan berprestij diadakan di Melaka
Next post Zakiah layak ke Sukan Asia di Hangzhou, China
Ubah saiz-+=