Zakiah layak ke Sukan Asia di Hangzhou, China

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 23 Julai – Skuad karate negara menerima berita gembira selepas, Zakiah Adnan terpilih beraksi pada Sukan Asia Hangzhou, China yang berlangsung Oktober depan.

IMG_9245
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad mengadakn sidang akhbar pada Majlis Penutup Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini. Foto: MR. AZLI

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, pemilihan itu sekali gus melengkapkan senarai keseluruhan tujuh atlet negara yang akan bertanding pada kejohanan itu nanti.

“Zakiah akan bertanding untuk kategori 61 kilogram (kg) tetapi ia akan bergantung kepada keputusan akhir dibuat nanti.

“Malah pada masa sama juga, kita bersetuju untuk menghantar pasukan Kata wanita,” katanya.

IMG_9244
Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) diiringi Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad (kanan)bergambar bersama skuad karate negara pada Majlis Penutup Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini. Foto: MR. AZLI

Beliau ditemui pada majlis penutup Kejohanan Karate Asia 2023, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Sebelum ini, Nur Azmi mengumumkan enam atlet iaitu Mohammad Arif Afifuddin, H Sankar Sureeya, S Prem Kumar dan R Shamendran bagi lelaki dan dua atlet wanita iaitu C Shahmalarani dan P Madhuri dalam acara individu Kumite, dipilih untuk bersaing dalam Sukan Asia.

Beliau turut mengumumkan kesemua atlet yang terpilih akan mengharungi tiga kejohanan yang akan berlangsung di Tunisia, Maghribi dan Eropah.

Sementara itu, mengulas pencapaian skuad karate negara yang berada pada kedudukan ke-13 pada kejohanan itu, Nur Azmi berkata, beliau bersikap terbuka dalam memastikan atlet dapat menimba pengalaman daripada setiap perlawanan disertai.

“Seperti saya katakan kejohanan ini untuk mencari atlet ke Asean Game (Sukan Asia) dengan tiga gangsa satu daripadanya wanita, satu Kata dan satu daripadanya lelaki, (pencapaian atlet) nampak lebih baik berbanding tahun lalu.

“Untuk itu juga kita bersetuju Kata wanita akan pergi ke Sukan Sea bersama Kata individu,” katanya.

Pada Kejohanan Karate Asia ke-19 yang menutup tirai hari ini, Malaysia mengutip tiga gangsa, dengan dua masing-masing disumbangkan oleh Prem Kumar menerusi acara Kumite lelaki.

Manakala satu lagi menerusi acara berpasukan Kata wanita yang dibarisi oleh Lovely Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Yampil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1492
Kongsi :
Previous post Kazakhstan juara keseluruhan Karate Asia ke-19
Next post Salahuddin Ayub meninggal dunia
Ubah saiz-+=