Lebih sejuta kanak-kanak Malaysia terima vaksin COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Sebanyak 1,003,227 individu atau 28.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,984,241 individu atau 63.7 peratus populasi dewasa di negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,927,098 atau 97.4 lengkap vaksinasi manakala 23,203,753 atau 98.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,830,746 individu atau 91 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,930,978 atau 94.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 68,081 dos vaksin diberikan semalam meliputi 29,714 dos pertama, 903 dos kedua dan 37,464 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,672,349.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 67 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan 14 kes, diikuti Kedah (12), Johor (10), Perak (lapan), Sabah (tujuh) dan masing-masing empat kes di Melaka dan Perlis.

Pahang dan Kelantan pula masing-masing melaporkan tiga kes manakala satu kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1339
Kongsi :
Previous post Ukraine, Rusia dijangka adakan rundingan pusingan ketiga pada Isnin
Next post Pelancongan Melaka ‘back to business’
Ubah saiz-+=