
Lelaki diserang sakit jantung maut terbabas
JASIN 24 Mei – Seorang penunggang disyaki mengalami serangan jantung maut sebelum motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Taman Maju, di sini awal pagi tadi.
Dalam kemalangan pada jam 4.05 pagi itu, P Kalichelvan, 55 maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahamd Jamil Radzi berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Jasin menghala ke rumahnya di taman berkenaan.
“Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai terkena serangan jantung dan motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas di tengah jalan.
“Akibat kejadian itu, mangsa mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...
