Pekerja kilang maut digilis lori

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

JASIN 24 Mei – Seorang pekerja kilang maut selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7 malam itu, Muhammad Nur Aliffi Mulyani, 27 yang beralamat di Kampung Sri Jaya, Tangkak Johor maut di lokasi kemalangan manakala pemandu lori berkenaan berusia 55 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y16ZR dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Melaka manakala lori jenis Hino berwarna putih diparkir di bahu jalan akibat masalah teknikal.

Pemandu sebuah lagi lori jenis Daihatsu Delta yang turut terbabit dalam kemalangan itu berusia 38 tahun juga tidak cedera.

Katanya, sebaik mangsa tiba di lokasi kejadian, dia tidak perasan lori terbabit diletakkan di bahu jalan sebelum merempuh bahagian kanan lori terbabit.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke lorong kiri lebuh raya sebelum digilis sebuah lagi lori yang gagal mengelak sejauh lima meter.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Ahmad Jamil berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2116
Kongsi :
Previous post Hawana 2023 mampu wujudkan situasi menang-menang antara media dan kerajaan
Next post Lelaki diserang sakit jantung maut terbabas
Ubah saiz-+=