
Lelaki hidap gout, buah pinggang maut akibat COVID-19
AYER KEROH 19 Feb. – Melaka merekodkan satu kematian akibat COVID-19 hari ini membabitkan lelaki mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang dan gout berusia 59 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, individu berisiko tinggi itu dikesan menerima jangkitan dari ahli keluarga menetap di Mukim Durian Tunggal.
“Kes ini merupakan kontak rapat kepada kes positif yang dijejaki dari Senawang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata, biarpun Melaka terus mencatatkan penurunan kes positif iaitu 26 kes berbanding 38 kes semalam, masyarakat perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Rahmad berkata, daripada jumlah itu, 23 kes adalah jangkitan tempatan, dua kes import dan satu kes membabitkan banduan.
“Keseluruhannya seramai 717 pesakit sedang dirawat di Hospital Melaka dengan 13 individu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk lima menggunakan bantuan alat pernafasan.
“Setakat hari ini juga sebanyak 24 kluster yang masih aktif direkodkan di Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA 20 Mac - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala...
PERSIAPAN SAAT AKHIR SAMBUT AIDILFITRI
DUYONG 20 Mac - Meskipun ramai umat Islam yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut satu Syawal, namun tradisi hari...
OPS HRA 2026 : LEBIH 2,000 KESALAHAN DIRAKAM MELALUI DRON – JPJ
KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari...
LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL DIREMAN EMPAT HARI
MELAKA 20 Mac - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh...
