
Lelaki maut langgar lembu lintas jalan
MACHAP 10 Mac. – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar lembu di Jalan Bukit Bulat, di sini, malam tadi.
Mangsa Abdul Bahrin Hamid, 59, yang berasal dari Kampung Lendu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.42 malam memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di Jalan Bukit Bulat melibatkan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal Yamaha.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari arah Hutan Percha menghala Felda Solok Menggong telah melanggar seekor lembu yang melintas jalan di kawasan itu,
“Siasatan awal menunjukkan cuaca dalam keadaan baik di jalan lurus dua lorong berkenaan, namun terdapat kesan geseran dan serpihan di tempat kejadian.
“Lembu berkenaan didapati masih lagi hidup walaupun telah dilanggar di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Arshad berkata, mangsa yang maut telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan motosikal terbabit telah dibawa ke Balai Polis Alor Gajah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘NIGHT FARMING’ NANAS BERMULA TAHUN DEPAN
BUKIT KATIL 11 November - Kerajaan menerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bakal memperkenalkan inisiatif 'night farming' atau berkebun pada...
MELAKA BUKA PELUANG RAKYAT USAHAKAN TANAH TERBIAR UNTUK TANAMAN NANAS
BUKIT KATIL 11 November - Rakyat Melaka boleh memohon mana-mana tanah kerajaan yang terbiar di negeri ini untuk mengusahakan pelbagai...
KLUSTER INDUSTRI WILAYAH TENGAH PEMANGKIN PERKEMBANGAN EKONOMI MELAKA
KUALA LUMPUR 11 November - Inisiatif membangunkan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah dijangka menjadi pemangkin kepada pengembangan perusahaan tempatan, ekonomi Melaka...
EMPAT FOKUS JADIKAN MELAKA NEGERI PINTAR BERPACUKAN DATA
BANDA HILIR 11 November – Kerajaan Negeri menggariskan empat fokus utama sebagai teras kepada usaha menjadikan negeri ini perintis dalam...
TANAMAN NANAS DI MELAKA MENINGKAT 143 PERATUS, TERTINGGI DALAM NEGARA
BUKIT KATIL 11 November - Melaka muncul sebagai negeri merekodkan peningkatan tertinggi tanaman nanas di Malaysia dalam tempoh lima tahun....
MTL: BOMBA MELAKA KENAL PASTI 106 LOKASI DI MELAKA BERISIKO BANJIR
BUKIT KATIL 11 November – Sebanyak 106 lokasi di seluruh negeri Melaka dikenal pasti berisiko banjir menjelang musim Monsun Timur...
