
Lelaki maut, motosikal ditunggang terbabas
REMBIA 25 Februari – Penunggang yang parah selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabas, disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Melaka, di sini, jam 3 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, terdahulu mangsa Hanif Mohammed, 48, menunggang motosikal jenis Honda CB400 terbabas dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Rembia, jam 3.30 pagi, Selasa lalu.
Arshad berkata ketika kejadian mangsa menunggang dari arah Alor Gajah menghala ke Melaka dan kemalangan menyebabkan dia mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selain patah kaki kiri.
“Ketika kejadian motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan, dia kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Namun semalam kami dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa mangsa sudah meninggal dunia. Motosikal mangsa akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, selain itu pihak polis juga memohon saksi awam atau pengguna jalan raya yang ada melihat kejadian supaya tampil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PASAR MALAM TAMAN MAJU LEBIH TERATUR, BERSIH HASIL PEMANTUAN BERTERUSAN MPJ
JASIN 22 September – Usaha memastikan Pasar Malam Taman Maju kekal bersih, teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung diperkasa...
MELAKA CADANG WUJUD IPD HANG TUAH JAYA
SERI BENDAHARA 23 September - Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) baharu sebagai langkah memperkukuh aspek...
‘KUMPAU’ TAPI ‘TAPAU’ MOTOSIKAL DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 23 September - Niat mahu menjadi juara pertandingan memancing, namun tuah belum memihak Shahrizal Sharudin, 34, apabila gagal...
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...
