
Lelaki Nepal maut dirempuh pacuan empat roda
PENGKALAN BATU 13 Jun – Seorang penunggang basikal warga Nepal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika menyeberangi Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian pada jam 9.10 malam itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 35 tahun dalam perjalanan dari arah Melaka Sentral menghala ke Limbongan.
Katanya, pada masa sama, mangsa, Pahadi Narnath, 34 yang ketika itu datang dari arah kiri sebuah pasar raya sedang menyeberangi jalan, bagaimanapun dirempuh kenderaan pacuan empat roda terbabit.
“Akibat rempuhan itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
“Pol 61 (arahan bedah siasatan) dikeluarkan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
JATI DIRI, PENGISIAN ROHANI BENTENG GENERASI MUDA HADAPI DUNIA DIGITAL – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Generasi muda perlu memperkukuh jati diri dan pengisian rohani sebagai benteng dalam mendepani dunia digital...
PENDIDIKAN JADI ASAS LAHIR PEMIMPIN PELAPIS MASA DEPAN MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Kecemerlangan pendidikan menjadi antara asas penting dalam melahirkan barisan pemimpin pelapis bagi menerajui Melaka pada...
MENARA TAMING SARI TARIK SEGMEN PELANCONG BERBEZA
BANDA HILIR 25 September - Menara Taming Sari berjaya menarik segmen pelancong dan pengunjung baharu yang mempunyai minat khusus terhadap...
‘JENGGO’ LUBOK CHINA LAIN DARIPADA YANG LAIN
AYER LIMAU 25 September - Udang galah yang menjadi antara hasil sungai utama di Lubok China bukan sahaja membantu menjana...
LAMA MENYEPI, IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA BANGKIT JADI JUARA DEBAT
SERI NEGERI 25 September - Selepas sekian lama menyepi daripada arena debat, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka membuat...
