Lelaki ugut ibu dihadapkan ke mahkamah

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 8 Dis. – Padah cuba menakutkan kakaknya dengan mengugut mahu mencederakan ibu mereka, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh Mohd Afandi Hasnan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya yang berusia 62 tahun dengan mengatakan ‘kalau aku dapat engkau aku tarik macam babi, aku kerjakan engkau, aku terajang kau, aku pijak muka kau, aku minta duit kau tak bagi’, bagi tujuan menakutkan kakaknya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh dihadapan sebuah rumah di Jalan Raja Haji 2, kira- kira jam 10 malam pada 1 Ogos 2020.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman mencadangkan jaminan RM5,000 diberikan kepada tertuduh berserta syarat tambahan hanya ibu dibenarkan sebagai penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam Amritpal Singh, merayu agar jaminan rendah diberikan kepada tertuduh dengan alasan anak guamnya tiada pekerjaan tetap.

Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2, 000 berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dengan apa- apa medium serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Views:

1465
Kongsi :
Previous post Lukisan lima pahlawan Melaka tarikan terbaharu pelancong
Next post TAPA bukti keprihatinan APM
Ubah saiz-+=