Lesen tamat tempoh, tiada insurans punca motosikal pekerja p-hailing disita

Masa Membaca:52 Saat

SEREMBAN, 13 September – Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita sebuah motosikal pekerja p-hailing semalam seperti yang tular di media sosial adalah berikutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.

JPJ negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia juga dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

“Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai dekat sini semalam bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

“Sepanjang penguatkuasaan tersebut, pelbagai kesalahan telah dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal yang ditunggang oleh penghantar makanan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, JPJ sentiasa memandang serius terhadap setiap kesalahan dan individu yang mengabaikan undang-undang atau peraturan, selain akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain.

Tular sejak semalam video memaparkan anggota penguat kuasa JPJ menyita sebuah motosikal pekerja p-hailing menyebabkan penunggang tersebut terpaksa berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya itu.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

978
Kongsi :
Previous post 500 metrik tan beras tambahan untuk pengguna Melaka
Next post Polis tahan bapa kandung, ibu tiri dera kanak-kanak 6 tahun
Ubah saiz-+=