
Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
MELAKA, 6 Jun – Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka berjumlah lebih RM300,000 sejak 2018 hingga 2022.
Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 37 dan 53 tahun berkenaan.
Mereka terdiri daripada peguam, pengurus firma guaman, pegawai dan bekas pegawai bank di Melaka dan Petaling Jaya, Selangor.
Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie dalam kenyataan berkata kelima-lima individu tersebut ditahan antara 2 hingga 4 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan.
Beliau berkata kesemua mereka disyaki menerima suapan untuk membolehkan firma-firma guaman tersebut menerima pelanggan bagi urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan.
Katanya siasatan kes dilakukan mengikut Sekyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

