LKIM tingkat taraf hidup 76 nelayan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERKAM 2 Oktober – Seramai 76 nelayan Melaka menerima bantuan menerusi Program Peningkatan Pendapatan – Insentif/Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Bantuan berupa peralatan menangkap ikan itu bertujuan membantu nelayan khususnya dalam golongan B40 meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka, selain meningkatkan kecekapan serta kemahiran nelayan ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan.

Bantuan sumbangan itu telah disempurnakan Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil pada Majlis Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan yang diadakan di Dewan Japerun Serkam, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Timbalannya Low Chee Leong serta Pengarah LKIM Melaka Darleena Baharudin.

Muhammad Faiz dalam ucapannya berharap nelayan akan lebih proaktif dalam usaha memodenkan teknik penangkapan ikan dengan menguasai teknologi perikanan terkini.

“Ia bertujuan bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan sekali gus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan di negara ini,” katanya.

Antara bantuan yang diberikan pada majlis tersebut ialah berupa 50 unit kotak ikan berunsulasi (tong fiber) dan 20 unit pelbagai jenis jaring bernilai RM50,000.

Selain itu, turut disampaikan bantuan berjumlah RM90,000 bagi bantuan B40 kepada enam nelayan di negeri ini yang menerima empat unit enjin bot 15 kuasa kuda (HP) dan 40HP; satu unit jaring udang dan satu unit sampan fiber.

Selain itu, turut diserahkan ialah replika cek sara hidup kepada seluruh nelayan Negeri Melaka yang layak dengan jumlah keseluruhan melebihi RM1 juta bagi penerima bulan Januari hingga Ogos tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1065
Kongsi :
Previous post Lelaki warga emas ditemukan maut dalam keadaan dijerut
Next post Jangan terpedaya pelaburan palsu berkaitan Melaka Gateway – KAJD
Ubah saiz-+=