Lokasi Empangan Jerneh dalam Melaka

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 2 Nov. – Pembinaan Empangan Jerneh di Alor Gajah bagi mengatasi isu kekurangan bekalan air tidak akan ditangguhkan lagi selepas isu yang timbul membabitkan lokasinya pembinaan diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, perkembangan pembinaan empangan itu positif, selepas tertangguh akibat lokasi pembinaan yang terkeluar dari sempadan Melaka.

Beliau berkata, bagaimanapun isu itu sudah selesai dan pembinaan empangan itu keseluruhan berada di dalam Melaka.

“Kita ada isu kerana lokasi pembinaan termasuk dalam tanah Negeri Sembilan dan sekarang kawasan berubah tiada kena mengena lagi dengan mereka, keseluruhan pembinaan di dalam Melaka.

“Sekarang sudah tiada isu, kita mahu proses sebut harga dibuat secepat mungkin kerana perubahan hanya membabitkan kawasan (lokasi pembinaan) tetapi keluasan pembinaan tidak berubah sama seperti yang dirancang pada peringkat awal,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tawaran sebut harga projek pembinaan itu dijangka akan dilakukan pada penghujung November selain mengambil masa 30 bulan.

“Kita harap hujung bulan hadapan ‘ditenderkan’ dan diharap dapat dijalankan terus. Dalam 30 bulan sudah dapat disiapkan.

“Kita tidak mahu ditangguhkan lagi yang penting ianya dapat dilaksanakan, susulan ada perubahan pada lokasi awal kemungkinan kos akan ada perubahan,” katanya.

Views:

2601
Kongsi :
Previous post Mahasiswa digalak ceburi bidang keusahawanan
Next post Piala Malaysia: Selangor dan UiTM FC guna gelanggang luar
Ubah saiz-+=