
Longkang baharu diharap kurangkan risiko banjir
RIM 9 April – Kerja menaik taraf longkang di Jalan Bunga Matahari Felda Kemendor yang sudah siap 100 peratus diharap dapat mengurangkan risiko kawasan penempatan berhampiran daripada dinaiki air.
Inisiatif hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu dijalankan menerusi Projek Pembangunan Fizikal Fasa 1 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.
“Saya telah merangka beberapa Projek Pembangunan Fizikal Fasa 1 Kawasan DUN Rim. Syukur Alhamdulillah hari ini (5 April) kerja menaik taraf longkang di Jalan Bunga Matahari Felda Kemendor telah pun siap 100 peratus.
“Longkang ini bertujuan melancarkan sistem perparitan dan saliran, kemudahan baharu ini pastinya dapat mengelakkan bencana banjir daripada berlaku,” katanya menerusi hantaram Facebook rasminya 5 April lalu.
Khaidhirah berharap kemudahan perparitan baharu itu dijaga dan diselenggara dengan baik bagi mengelakkannya daripada tersumbat atau mengalami kerosakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
