LPM perkasa integriti ikrar bebas rasuah
AYER KEROH 20 Januari – Ikrar aku janji dilafazkan menjadi simbolik kesungguhan warga Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dalam meningkatkan integriti dan menolak salah laku rasuah.
Pengarah Eksekutif LPM Mohd Salleh Hamidom berkata bagi membuktikan iltizam itu seramai 64 kakitangan peringkat pengurusan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), dalam Program Ikrar Bebas Rasuah LPM 2023 dalam majlis berlangsung di Pejabat LPM, di sini, baru-baru ini.
Mohd Salleh berkata program seperti itu dianggap penting dan bermakna kerana ia melambangkan komitmen dan kesungguhan berterusan dalam memperkasakan isu integriti.
“Keterbukaan, tanggungjawab dipamerkan warga LPM dalam menandatangani IBR membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukan tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.
“Perkara ini satu amanah perlu digalas semua pihak khusus warga perkhidmatan awam bagi memastikan urus tadbir negara bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
Program dimulakan dengan sesi taklimat Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang disempurnakan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri, Ahmad Faizul Abdul Rashid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BOLA BALING: MELAKA AKHIRI KEMARAU LEBIH 20 TAHUN
PAYA RUMPUT 3 November - Melaka menamatkan kemarau lebih dua dekad dalam sukan bola baling selepas muncul johan Kejohanan Bola...
KUAM 2024 DISERBU PELANCONG LUAR NEGARA
BATU BERENDAM 3 November - Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 bukan sahaja dibanjiri pengunjung dari dalam negara bahkan luar...
HARI TERAKHIR KUAM 2024 ‘LUAR BIASA’
BATU BERENDAM 3 November - Cuaca panas terik tidak menghalang ribuan pengunjung untuk hadir bagi melihat secara dekat Karnival Udara...
MELAKA ‘RAJA’ BOLA BALING BAWAH 20 TAHUN
PAYA RUMPUT 3 November - Pasukan lelaki Melaka mencipta sensasi apabila muncul johan Kejohanan Bola Baling Bawah 20 Tahun Kebangsaan,...
REMAJA MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK: OPERASI BAS EKSPRES DIGANTUNG
PUTRAJAYA, 3 Nov - Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden...
KURANGKAN KESESAKAN DI PEKAN KUALA
AYER KEROH 3 November - Kemudahan lampu isyarat di persimpangan berhampiran Pasar Awam Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah dijangka dapat...