LUC jalin kerjasama dengan 5 agensi Kerajaan Negeri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH 22 Mac – Kolej Universiti Lincoln (LUC), hari ini, mengadakan lawatan kerja rasmi ke Melaka bagi tujuan menjalinkan kerjasama dengan lima agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Lima agensi itu ialah Hospital Pakar Putra, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Yayasan Melaka, Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) dan Institut Tun Perak.

Dalam lawatan tersebut, turut diadakan majlis menandatangani Surat Pernyataan Hasrat atau Letter of Intent (LoI) bersama empat agensi tersebut (kecuali Yayasan Melaka) yang telah disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman dalam majlis itu menzahirkan harapan kerjasama yang dimeterai itu akan mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negeri ini dalam pelbagai sudut terutama membabitkan bidang pendidikan dengan agensi seperti KUIM, MiCoST dan Hospital Pakar Putra.

SULAIMAN berbincang dengan delegasi LOC di pejabatnya di Seri Negeri.

“Melalui kerjasama dengan Yayasan Melaka, diharapkan pihak LUC boleh membawa pelaburan yang baik ke negeri ini, melalui pembukaan cawangannya di Melaka, jika pihak LUC berhasrat untuk melebarkan sayap pendidikannya di negeri ini.

“Secara tidak langsung akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan tambahan kepada rakyat serta Negeri Melaka. Jika ini berlaku, akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini melalui peluang pekerjaan dan bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di LUC.

“Selain itu kerjasama yang dijalin itu juga diharap dapat memberi manfaat dalam latihan dan kemahiran serta meneroka kerjasama dalam pembangunan insan, nilai tambah dan ‘big data’ dengan Institut Tun Perak serta agensi lain yang relevan,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan, Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Wira Sazali Mohd Din, Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Zaidi Johari dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan) Datuk Salhah Salleh.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP) Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Datuk Wira Radhuana Salleh, Naib Canselor KUIM Profesor Datuk Dr. Mohd Taib Dora dan Ketua Pegawai Eksekutif MiCOST Akmal Abdul Manap.

LUC pula diwakili Pro Chancellor Datuk Bibi Florina Abdullah, Presiden LUC Profesor Dr Amiya Bhaumik dan Ketua Pegawai Eksekutif LUC Datuk (AMB) Dr. Mohd Yusoff A.Bakar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1222
Kongsi :
Previous post RMK-12: Kerajaan Persekutuan jamin layanan adil untuk bangunkan Sabah
Next post Muhyiddin tinjau Pusat Vaksinasi COVID-19 Kota Kinabalu
Ubah saiz-+=