Machap Jaya bermandi cahaya

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

HUTAN PERCHA 17 April – Teknik pencahayaan di beberapa lokasi tumpuan komuniti sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, membangkitkan ‘mood’ Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, inisiatif itu bukan sekadar meraikan umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, sebaliknya mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti setempat.

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, berkata di DUN itu setiap kaum seperti Melayu, Cina dan India mempunyai lokasi ikonik teknik pencahayaan di penempatan masing-masing.

WhatsApp Image 2023-04-17 at 3.05.53 AM
HEE Sem ketika melihat hiasan di Laman Cahaya Lebaran Kampung Hutan Percha

“Sudah lama inisiatif ini dilaksanakan, sekarang kita mahu komersialkan, diangkat menjadi acara tahunan, sekali gus menarik pengunjung luar untuk datang ke Machap Jaya.

“Orang Melayu kita ada Kampung Hutan Percha, masyarakat Cina di Machap Umboo dan Kampung Machap Baru manakalan kaum India di Taman Pengkalan Indah.

“Kesemua lokasi ini kaedah dan teknik pencahayaan dilakukan secara bekerjasama dan bergotong-royong. Memang saya galakkan mereka untuk laksanakan kaedah ini” katanya.

WhatsApp Image 2023-04-17 at 2.55.38 AM
ADLY memotong riben sebagai simbolik perasmian Laman Cahaya Lebaran diiringi Fairul (dua kanan) dan Hee Sem (dua kiri).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Laman Cahaya Lebaran di Kampung Hutan Percha, di sini, semalam.

Laman Cahaya Lebaran itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari, hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Fairul Nizam Roslan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2192
Kongsi :
Previous post Perluas TVET kepada anak-anak veteran tentera
Next post Peka keselamatan kampung sepanjang Aidilfitri
Ubah saiz-+=