
MAIM BUKA PERMOHONAN BIASISWA MUMTAZ, DERMASISWA TUN PERAK
PENGKALAN BATU 8 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Pembangunan Insan telah membuka permohonan untuk Biasiswa Mumtaz dan Dermasiswa Tun Perak.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu terbuka kepada tanggungan asnaf yang menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).
Jelas kenyataan tersebut, tarikh tutup permohonan biasiswa dan dermasiswa itu adalah pada 30 Jun 2025.
“Setiap borang permohonan hanya terhad kepada satu permohonan sahaja (Biasiswa Mumtaz atau Dermasiswa Tun Perak). Terbuka kepada tanggungan asnaf yang penyambung pengajian ke IPTA atau IPTS.
“Sila imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat permohonan kelayakan dan borang permohonan Biasiswa Mumtaz dan Dermasiswa Tun Perak,” tambah kenyataan berkenaan.
Sebarang maklumat atau pertanyaan bolehlah menghubungi MAIM di talian 011-5891 4140 (Whatsapp).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA
REMBIA 26 Jun - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim...
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...
