Sorting by

×

213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

REMBIA 26 Jun – Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim Parlimen Alor Gajah Sempena 10 Muharam 1448H di Masjid Al Aman, Kelemak, Alor Gajah, di sini, hari ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, majlis dianjurkan itu adalah bersempena hari Asyura (10 Muharam) yang mana ia adalah satu amalan yang amat digalakkan.

Fairul Nizam yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia berkata, jumlah anak yatim diraikan tahun ini agak ramai dan melibatkan penerima sumbangan berusia bawah 12 tahun.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, pihak korporat dan individu atas kesudian tampil untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim yang kematian bapa ini.

“Semoga sumbangan disampaikan akan memberikan manfaat kapada anak-anak yatim ini khususnya dalam menyuntik semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr. Mustafa Musa dan Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Kalil.

Katanya, program dimulakan dengan majlis ilmu iaitu tazkirah disampaikan Imam Parlimen Alor Gajah, disusuli solat Asar berjemaah dan penyerahan sumbangan.

“Inisiatif ini adalah program tahunan, kita anjurkan secara giliran dan sebelum ini sudah diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Durian Tunggal, Gadek, Rembia dan insya-Allah tahun hadapan di Asahan

“Antara penyumbang yang menjayakan program kali ini adalah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) dan Melaka Hari Ini Sdn Bhd,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

371
Kongsi :
Previous post 7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
Next post MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA